Prk. Semenyeh.

Kekalahan PH Di PRK Semenyih Adalah Kekalahan PH Pada PRU15 Nanti

Kegusaran orang melayu terhadap hak-hak mereka yg tersenarai dalam Perlembagaan Malaysia telah dizahirkan dengan perhimpunan anti-ICERD yg menghimpun lebih sejuta umat melayu di Kuala Lumpur. Perpaduan melayu dizahirkan lagi dengan kemenangan BN di PRK Cameron Highland apabila UMNO dan PAS sudah mula bekerjasama dengan lebih baik. Kepada mereka yg pernah mengkaji tingkah laku orang melayu, walaupun mereka lemah lembut tapi apabila mereka nekad untuk menentang sesuatu maka gelombang kebangkitan melayu amat sukar untuk dibendung. Hal ini telah disedari oleh Tun M maka beberapa tindakan segera telah diambil oleh Tun M bagi mengendurkan gelombang perpaduan dan kebangkitan melayu ini.

2. Tindakan awal Tun M bg mengendurkan kebangkitan melayu adalah dgn menubuhkan MTEN yg kononnya untuk mengatasi masalah kos sara hidup dan sebagainya. Kenapa baru tubuh sekarang padahal masalah ini kerajaan PH sendiri yg cipta. Ini menunjukkan bahawa PH sedar tanpa membuat sesuatu gelombang kebangkitan melayu amat sukar utk dibendung nanti.

3. Menerima kemasukan MP UMNO seramai 7 orang adalah sebagai persediaan sekiranya Anwar memberontak dgn menarik keluar beberapa orang pengikutnya dr PH. Tun M sebenarnya sudah tahu hanya berapa orang sahaja yg akan mengikut Anwar jika beliau bertindak keluar dr PH. Dengan kemasukan MP UMNO ini ke dalam PPBM maka kedudukan PPBM makin kukuh dan Tun M masih mampu utk bertahan sbg PM lagi untuk beberapa masa lagi.

4. Berbalik semula kepada isu pokok iaitu kenapa PH perlu menang dalam PRK Semenyih nanti. Sekiranya PH menang di PRK Semenyih maka PH melalui cybertrooper mereka boleh memainkan persepsi dgn mengatakan bahawa orang melayu masih menyokong PH. Persepsi ini akan diulang-ulang sehingga PRU15 nanti. Mereka sedar jika 25% sahaja melayu yg sokong PH mereka sudah kalah jika UMNO dan PAS bekerjasama apatah lagi jika 25% melayu yg sokong PH ini makin menyusut. Tun M sedar bahawa sokongan melayu kpd PH makin menyusut setiap hari. Orang melayu berbondong-bondong memohon maaf kepada Najib. Ini dibuktikan lagi setiap kali online poll, PH kalah teruk.

5. Sebenarnya dlm tempoh 9 bulan PH memerintah ini, orang melayu mula sedar bahawa mereka telah tersalah undi. Kesilapan ini orang melayu terpaksa bayar dengan harga yang sangat mahal. Ramai orang melayu dibuang kerja dari sektor awam dan swasta. Aset-aset orang melayu/bumiputera dr Tabung Haji dan Felda sedang sibuk dijual oleh Kementerian Kewangan yg diketuai oleh Lim Guan Eng dengan alasan mengurangkan liabiliti kerajaan. Kes Muhammad Adib pun masih belum terbela. Tuduhan PH terhadap Najib dan PAS pun masih terkial-kial mencari bukti. Semua perkara ini sedang dinilai dan diperhati oleh segelintir orang melayu yg mengharapkan kerajaan PH mampu membuat sesuatu. Padahal secara majoritinya orang melayu telah menolak PH secara total. Jika media sosial dijadikan ukuran maka kerajaan PH sudah tidak mampu bertahan lagi dgn kritikan dan maki hamun rakyat yg menderita sekarang terutamanya mereka yg tertipu dengan manifesto PH.

6. Orang melayu yg sudah sedar dgn penipuan PH seharusnya nekad dan membulatkan tekad utk mengalahkan PH pada sebarang PRK yang akan datang bukan setakat PRK Semenyih sahaja. Setiap kali PH kalah dalam PRK maka setiap kali itulah mereka akan kelihatan panik dan ketakutan. Mereka takut dgn kebangkitan orang melayu jika orang melayu menghukum mereka pada PRU15. Sekiranya orang melayu inginkan kerajaan PH segera terbubar maka kekalahan PH di PRK Semenyih akan menyegerakan pembubaran kerajaan PH. Orang melayu kena pastikan kekalahan PH di PRK Semenyih menjadi realiti.

Sekian

Terkejut.

*Assalamualaikum Dato’ Sri,

Saya merupakan staff Telekom Malaysia Berhad (TM) dan kesempatan ini ingin saya luahkam mengenai kedudukan kewangan TM ketika ini agak menyedihkan kerana polisi kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang melaksanakan manifesto “Penurunan Harga Jalur Lebar” secara mendadak.

Hari ini, kami staff TM dikejutkan dengan iklan penjualan dua buah bangunan utama milik TM.

Terus terang saya cakap yang TM mencapai kejayaan yang amat cemerlang di zaman pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui DS Najib.

Kami staff TM menumpang kemewahan disebalik kecemerlangan syarikat TM ni selama 9 tahun DS Najib menjadi Perdana Menteri.

Projek UNIFI dilancarkan oleh TM dan Kerajaan Malaysia (2008) telah memberi peluang pekerjaan kepada Bumiputera/Melayu Islam. Hampir 90% dari pekerja TM terdiri dari kaum ini.

Namun begitu, ramai pekerja TM termakan fitnah yang dilontarkan oleh PH. Seingat saya, hampir 80 % pekerja TM menyokong PH sebelum PRU ke 14 yang lepas.

Saya masih ingat lagi, bagaimana sambutan dingin oleh pekerja TM semasa lawatan kerja DS Najib ke Menara TM pada 25 September 2017. Sungguh menyedihkan.

Saya mewakili staff TM berharap perkara ini dapat sampaikan kepada DS Najib.

Terima Kasih

Wargakerja TM

©️ Terkejut baca iklan dua bangunan TM dijual – Abu Leman

Sumber: https://www.abuleman.com/2019/02/terkejut-baca-iklan-dua-bangunan-tm-dijual.html